Program Mini Kenali Nadi Bersama Komuniti Madani
29 Jun 2024 | Aktiviti Terkini Bermula awal bulan Jun 2024, para petugas NADI Sebandi Ulu telah mengadakan Program Mini Kenali NADI Bersama Komuniti MADANI. Program ini telah mensasarkan golongan dewasa komuniti sekitar Sebandi Ulu yang bertujuan untuk memperkenalkan peranan NADI. Pelbagai input terbaru berkenaan penjenamaan semula PEDI kepada NADI telah diberi perhatian.
Selain itu, para petugas juga telah memberi penerangan berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI selaras dengan inisiatif kerajaan seperti perlaksanaan PADU, BUDI MADANI, SEJATI MADANI dan pelbagai manfaat MADANI yang lain. Berikut merupakan beberapa aspek yang turut diambil perhatian sepanjang program ini dilaksanakan.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Evolusi NADI
• Objektif & Kumpulan Sasar
• Lokasi NADI
• Manfaat NADI
• Inisiatif Kerajaan
• Kisah Kejayaan
• Ikon Usahawan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: